Sunday 15 April 2012

RANCANGAN MENGAJAR


Mata Pelajaran         :  Bahasa Melayu
Tahun                                    :  Tiga Cemerlang
Tarikh                         :  10 April 2012
Masa                          :  10.30 hingga 11.30 pagi
Tema                          :  Jiran Sepakat Hidup Muafakat
Tajuk                          :  Hari Bersama Jiran
Objektif                       :  Pada akhir pembelajaran, murid-murid dapat:
a)    Melengkapkan tujuh daripada sepuluh ayat yang diberi dengan simpulan bahasa yang betul
b)    Memberikan maksud simpulan bahasa tujuh daripada sepuluh simpulan bahasa yang diberi.
Fokus Utama:            6.1      Membaca dan mewujudkan pelbagai sumber untuk mendapatkan maklumat bagi tajuk yang sedang dikaji termasuk maklumat daripada internet.
Aras              :              2 (i)    Merujuk kamus peribahasa untuk mendapatkan makna yang betul.
Fokus Sampingan: 3.3 Menyampaikan maklumat kepada pihak lain dalam aktiviti terancang.
Aras             :              2(i) Mengemukakan pandangan tentang sesuatu isu dengan menggunakan diksi yang tepat dan maklumat yang betul.
Kemahiran Bahasa : Membaca, mendengar dan bertutur.
Sistem Bahasa         : Tatabahasa
                                - Simpulan bahasa
Pengisian Kurikulum : a) Ilmu       - Pendidikan Moral dan Kajian Tempatan
                                       b) Nilai Murni  - kerjasama, baik hati dan hormat-menghormati
                                       c) Kemahiran Bernilai Tambah :
                                            - Kemahiran Berfikir
                                            - Kemahiran Belajar Cara Belajar
                                      d) Pengetahuan Sedia Ada:
                                           - Pernah dan tahu tentang jiran (kenali jiran)
                                      e)  Bahan Bantu Mengajar :
                                           - CD Bahasa Melayu Tahun tiga
                                           - Kad perkataan
                                           - Kamus peribahasa
                                           - CD E-Bahan

LANGKAH
PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

CATATAN
AKTIVITI GURU
AKTIVITI MURID

Set Induksi
(5 minit)

-.Guru membacakan serangkap
pantun teka-teki.

 “Kak Siti membuat ukuran,
  Ukuran untuk baju sulaman,
  Tinggal di depan, belakang,kiri, dan   
  kanan,
  Siapa gerangan empunya badan”

- murid diminta memberikan jawapan bagi teka-teki tersebut.

- Guru mengaitkan pantun tersebut dengan isi pengajaran.

- Murid mendengar dan memahami maksud pantun.
- Memberi jawapan untuk teka-teki yang diperdengar secara lisan.
- Murid menyatakan jawapan kepada teka-teki yang diberi. (jiran)


Langkah 1
(10 minit)

- Guru membaca teks hidup berjiran yang dipamerkan di papan tulis dengan sebutan dan intonasi yang betul.
- Murid diminta mengajuk bacaan guru.
- Guru memilih murid secara rawak untuk membacakan teks secara kuat.
- Guru berbincang tentang isi kandungan teks.

- Murid mendengar bacaan guru.
- Murid mengajuk bacaan guru dengan sebutan dan intonasi yang betul.
- Murid yang dipilih secara rawak memperdengarkan bacaan dengan sebutan dan intonasi yang betul.



Langkah 2
(10 minit)

- Guru membahagikan murid kepada beberapa kumpulan
- Guru meminta murid menyenaraikan  kebaikan hidup berjiran dan cara-cara menghormati jiran.
- Wakil setiap kumpulan dikehendaki membentangkan dapatan daripada hasil perbincangan.
-Guru mengemukakan beberapa soalan berkaitan teks untuk dijawab oleh murid.

- Murid-murid membentuk kumpulan yang telah ditetapkan oleh guru.
- Menyenaraikan kebaikan hidup berjiran dan cara-cara menghormati jiran.
- Wakil setiap kumpulan membentang hasil perbincangan.
- Murid menjawab soalan yang dikemukakan oleh guru.







Link soalan

Langkah 3
(15 minit)

- Guru meminta murid menyebut simpulan bahasa yang terdapat dalam teks yang ditulis dengan tulisan bewarna merah.
- Guru mengarahkan murid mencari maksud simpulan bahasa dengan menggunakan kamus simpulan bahasa.
- Guru meminta murid memadankan simpulan bahasa dengan maksud yang betul menggunakan kad perkataan.

-  Murid-murid menyebut simpulan bahasa yang terdapat dalam teks.
- Murid merujuki kamus simpulan bahasa untuk mencari makna simpulan bahasa yang terdapat dalam teks.
- Murid yang dipilih secara rawak memadankan simpulan bahasa dengan maksudnya menggunakan kad perkataan yang disedia oleh guru.

-Link buku teks(simpulan bahasa)
-Kamus simpulan bahasa

-Kad perkataan

Langkah 4
(15 minit)

- Guru mengedarkan lembaran kerja kepada murid.
- Guru membincang jawapan bersama murid.

- Murid menjawab soalan yang diberi oleh guru.
- Murid menyemak jawapan hasil perbincangan dengan guru.

Link lembaran kerja

Penutup
(5 minit)

- Murid diberi latihan aktiviti pengukuhan tentang simpulan bahasa.
- Murid menjalankan aktiviti pengayaan.
- Merumus isi pelajaran dan nilai murni.

- Murid menjawab soalan aktiviti pengukuhan dan pengayaan.

Link MY CD unit 6(Jiran sepakat hidup muafakat, buku teks m/s 67)




                                               

Testing

Sekadar mencuba